SEJARAH SK LKTP PALONG TIMUR 2
Sekolah Kebangsaan LKTP Palong Timur dibuka pada 1 Januari
1989 bagi memenuhi
keperluan
persekolahan anak-anak yang sebelum ini bersekolah di Palong 4.Ketika itu, Sekolah Kebangsaan Palong Timur ditampung bangunan Pejabat
FELDA Timur 1 dan 3 masa kini.
Dengan pertambahan
bilangan
murid kepada 1269
orang, maka pihak Jabatan
Pendidikan
Negeri
Johor telah mengeluarkan surat pada 19 Oktober 1991 dan memutuskan untuk mewujudkan Sekolah Kebangsaan Palong Timur 2 yang akan beroperasi pada 1 Januari 1992.
Pada ketika itu Sekolah
Kebangsaan
Palong Timur 2 beroperasi
menggunakan
bangunan
Sekolah
Kebangsaan
Palong Timur 1 pada sesi petang.
Murid SKPT 2 pada waktu itu seramai 552 orang dengan 15 buah kelas dari tahun1 hingga tahun 5. Bilangan guru adalah seramai 24 orang yang terdiri
daripada
10 orang guru pelatih dan 14 orang guru sandaran.
Bangunan SKPT 2 siap sepenuhnya
pada Disember
1994. Semasa Sek. Keb. Palong Timur 2 dibuka, sekolah
ini tidak mempunyai
guru besar dan
staff bukan
guru. Pentadbiran
SKPT 2 pada masa itu adalah dibawah
pengawasan
Hj. Kassim bin Suang sebagai
Penyelaras
Sekolah.
PENTADBIRAN SEKOLAH
En.
Mat Nor, Guru Penolong Kanan kurikulum pada masa itu dilantik sebagai pemangku Guru besar, Pn Zahariah bte Hj. Ibrahim sebagai Guru Penolong Kanan HEM dan En. Aziz bin Kamaruddin
adalah Guru
Penolong
Kanan Ko-Kurikulum.
Mesyuarat Agung PIBG kali pertama telah diadakan pada 22 Mei 1992. En. Abd.
Hamid Ariffin yang dilantik
sebagai
Yang Dipertua
PIBG penaja bertindak
menjalankan mesyuarat Agung dan sebulat suara melantik En. Tumiran b. Pandi sebagai YDP PIBG yang pertama,
En.Abd. Halid Hj.Yassin
sebagai
Setiausaha
dan Pn.Turipah
Zaini sebagai
Bendahari.
Pada penghujung tahun 1992,
Tn Hj Ali
Bin Abdullah (PIS) telah melaporkan diri sebagai Guru Besar pertama SK
LKTP Palong Timur 2 sehingga
tahun
1994.
Pada 16 Mac 1995, En. Mesran B.Lamoon
melaporkan
diri sebagai
Guru Besar sehinggalah
ke Julai
2010. Sejak tarikh beliau melaporkan diri seramai 21
GPK telah membantu pentadbiran sekolah .
Pada 9 November 2010, Tn Hj Md Ali Shifudin
Bin Mahmood
melaporkan
diri sehingga
3 Oktober
2011. Selepas
itu, En Mohd Nasir Bin Mohd Yusof melaporkan
diri pada 3 Oktober
2011 sehingga
11 Mei 2012.
0 comments:
Post a Comment